Tuesday, March 24, 2009
Mati
Mati - Hijjaz
Sampailah waktu ajalkan datang
Malaikat maut segera menjelang
Dicabut nyawa tiada terbilang
Sakit terasa bukan kepalang
Mati itu terlalu sakit
Di dalam kubur terlalu sempit
Ular dan kala datang menggigit
Papan dan bumi pula menghimpit
Masuklah mayat ke dalam bumi
Munkar dan Nakir tanyakan diri
Tiada terjawab amalan sendiri
Dipukul malaikat ke dasar bumi
Setelah di kubur baru menyesal
Teringat diri membuat dosa
Teringat diri tiada beramal
Tak mungkin lagi pulang ke dunia
Mati itu terlalu lazat
Bagi syuhada' di medan jihad
Olehlah itu wahai sahabat
Iman di dada perlu ditingkat
(Dari liriknasyid.com)
Di saat nikmat dunia mula mempesona
Cinta fana hadir menggoda
Kilauan harta mencipta haloba
Tawa dan senda tak mengenal air mata..
Sedarlah wahai diri,
Bahawa mati itu pasti, walaupun manusia cuba memungkiri...
Dan akhirat adalah hakikat, yang menuntut hak segala nikmat...
Takutlah...
Dengan takut yang teramat
kerana kiamat sudah dekat,
dan mati?
...lebih dari itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment